Kelebihan Surah – Surah Dalam Al-Quran

Kelebihan Surah – Surah dalam Al – Quran Yasin : 1. Barangsiapa membacanya di pagi hari, pasti hatinya lapang / memperolehi kegembiraan sehingga ke malam hari, dan barangsiapa membacanya di malam hari, pasti lapang hatinya / memperolehi kegembiraan sehingga ke pagi hari. (Kata ulama’ alli hikmah) 2. Barangsiapa membacanya di malam hari diampuni dosanya keesokan harinya. (al – Hadith) 3. Barangsiapa membaca ketika berziarah ke kubur, maka dapat meringankan seksa ahli kubur itu, dan memperoleh pahala seperti kebajikan ahli kubur. (al – Hadith) 4. Dibaca sebanyak 41 kali ketika mempunyai keinginan apa sahaja (baik urusan duniawi atau lainnya) pasti dikabulkan, cubalah lakukan dan boleh dibaca secara berjemaah oleh 41 orang. (Khasiat surah Yasin). 5. Sesiapa yang membaca surah Yasin di permulaan hari (Subuh), segala hajatnya bagi hari itu diperkenankan Allah S.W.T. 6. Barangsiapa mengalami kesulitan / kesusahan hidup, banyak hutang atau takut sesuatu hal, bacalah surah Yasin sebanyak 3 kali, maka lepaslah ketakutannya. Demikian pula dalam menghadapi segala keperluan / urusan penting, bacalah sebanyak 7 kali dan membaca doanya 7 kali pada setiap kali selesai membaca surah Yasin 1 kali. Al – Kahfi : 1. Dari Abu Said al – Khudri r.a. dari Nabi S.A.W bahawa beliau bersabda : Siapa yang membaca surah al – Kahfi pada hari Jumaat, maka disinari Allah dia dengan cahaya antara dua Jumaat. (HR al – Baihaqi) Dan pada satu riwayat lain : Diampuni oleh Tuhan dosanya antara Jumaat hingga ke Jumaat yang lain. 2. Barangsiapa membaca surah al – Kahfi sebagaimana ia diturunkan. Maka bacaan itu menjadi cahaya baginya di hari kiamat sejauh tempatnya berdiri hingga Mekah. (HR al – Hakim) 3. Barangsiapa menulis surah al – Kahfi seluruhnya pada kertas, lalu ditaruh pada tempat penyimpanan beras, padi, jagung, gandum atau biji – bijian makanan apa saja, insyaallah bertambahlah berkahnya dan diselamatkan dari segala hama yang merosak. 4. Barangsiapa menulis surah al – Kahfi seluruhnya, pada kertas / kain atau lainnya, lalu dimasukkan ke dalam botol yang bersih, kemudian ditanam dalam rumah, insya Allah penghuni rumah sekeluarga tidak akan ditimpa kemiskinan / kekurangan rezeki, dan dipelihara dari pencuri, perompak, dan lain – lain penjahat yang bermaksud merosak, serta jika mempunyai hutang akan segera membayarnya. 5. Sesiapa yang memelihara / selalu membaca ayat – ayat dari awal surah al – Khafi (ayat 1 – 10) maka ia akan dijaga dari fitnah Dajjal. (HR Ahmad, Muslim dan an – Nasa’i dari Abi ad – Darda) 6. Sesiapa yang membaca lima ayat akhir dari surah al – Kahfi (ayat 101 – 110) dikala tidurnya, maka Allah berkenan membangunkannya di malam yang ia kehendaki. (HR Ibnu Murdawih dari Aisyah r.a.) * selepas membaca surah tersebut, sebutkan waktu yang hendak bangun dan tepukkan pada bantal tiga kali, insya Allah ia akan bangun dari tidurnya. As – Sajdah : 1. Sabda Rasulullah s.a.w : Barangsiapa yang membaca surah as – Sajdah / sujud, pahalanya seperti orang yang menepati solat Lailatul Qadar, dan dikuatkan Islamnya, ketauhidannya serta memperolehi ilmu yang yakin (al – Hadith) Al – Fath : 1. Surah al – Fath ini jika dibaca secara tetap setiap hari, Rasulullah s.a.w akan menjumpainya dan membai’ahnya dalam mimpi, sedang pahalanya tidak beza dengan para sahabat yang ikut bai’ah di bawah pohon Ridhwan, ketika Rasulullah s.a.w masih ada. (Khawasul Qur’an) 2. Sabda Rasulullah s.a.w : Orang yang membaca surah al – Fath, dianggap sama dengan orang yang berperang syahid bersama – sama Rasulullah s.a.w. ketika terbukanya kota Mekah. (HR Tsa’labi) 3. Sabda Rasulullah s.a.w : Tidak diragukan lagi bagi para (pengikut perang) syahid Badar dan Hudaibiyah, masuk dalam syurga. (HR Ahmad dan Muslim) 4. Siapa membacanya secara tetap setiap hari, kelak dikumpulkan bersama – sama orang yang mati syahid dan Allah membukakan pintu kebaikan / kegembiraan, baik urusan dunia mahupun akhirat. (Khawasul Qur’an) 5. Barangsiapa yang pada asalnya lemah, jika membaca surah ini banyak kali, akan menjadi kaut, yang pada asalnya rendah / terhina, akan menjadi mulia, yang mengalami kekalahan akan menjadi menang, yang pada asalnya kesulitan dalam penghidupannya, akan dimudahkan Allah, yang mempunyai hutang akan dapat membayarnya, atau jika dibaca ketika dalam tahanan / penjara maka segera dikeluarkan, dan siapa dilanda kekalutan fikiran / kesusahan, bacalah surah ini, insya Allah dilenyapkan kesusahannya. Ar – Rahman : 1. Surah ini jika dibaca, lalu ditulis dan dihapuskan dengan air, kemudian diminumkan kepada orang yang sakit jantung, insya Allah dapat sembuh dengan izin Allah Ta’ala. 2. Jika tulisan tersebut dilipat dan dibuat ikat pinggang insya Allah selamat dari penyakit mata, sekalipun kebanyakan orang dilanda wabak penyakit tersebut. 3. Dan jika tulisan tersebut dipasang di dalam rumah, maka dengan izin Allah rumah tersebut tidak akan dimasuki haiwan apapun yang membahayakan penghuninya. Al – Waqi’ah : 1. Sabda Nabi Muhammad s.a.w: Sesiapa yang membaca surah al – Waqi’ah pada tiap – tiap malam kesusahan / kemiskinan tidak akan menimpa. (HR Ibni Mas’ud) 2. Surah ini jika dibacakan pada mayat, maka ringanlah seksanya di alam kubur, dan jika dibacakan pada orang yang sedang menderita sakit, maka berkuranglah sakit yang dideritainya. 3. Dan jika surah ini ditulis pada kertas, lalu dipakai / dibawa oleh ibu / wanita yang akan melahirkan anak, insya Allah akan segera melahirkan anak dengan mudah. 4. Kemudian jika dibaca 40 kali sekali duduk (satu majlias) setiap harinya selama 40 hari, insya Allah dapat membuka dan melapangkan pintu jalan rezekinya. Al – Mulk / Al – Tabarak 1. Dari Nabi s.a.w : Barangsiapa membaca surah al – Mulk setiap malam, maka ia akan datang ke kubur dengan memenangkan jawapan pertanyaan kubur, dan sebelum (mati)nya dijauhkan dari segala fitnah (disebutkan oleh Imam Qurtubi dalam Tadzkirahnya) 2. Dari Anas bin Malik r.a : Barangsiapa membaca surah as – Sajdah dan al – Mulk di malam hari, adalah seperti orang yang menemui / menepati malam Lailatul Qadr, dalam hal itu seorang waliyullah di zaman Nabi s.a.w bernama Thawus, tidak pernah ponteng membaca surah as – Sajdah dan al – Mulk sepanjang hidupnya (setiap harinya, sekalipun di tengah perjalanan). (al – Hadith) 3. Dari Nabi s.a.w, bahawasanya beliau bersabda : Surah al – Mulk itu dapat memberi syafaat kepada pembacanya sampai diampuni dosanya (HR at – Tirmidzi) Dalam riwayat lain disebutkan sebagai berikut : Orang yang sentiasa membaca surah al – Mulk selalu dilindungi oleh Allah, hingga dimasukkan ke dalam syurgaNya. (al – Hadith) 4. Dari Jabir r.a : Bahawasanya Nabi s.a.w setiap malam tidak akan tidur, sebelum membaca surah (iaitu) : as – Sajdah dan al – Mulk / at – Tabarak (at – Tirmidzi) Nuh : 1. Barangsiapa dapat membiasakan membaca surah Nuh maka selamat dari kejahatan orang yang menganiaya (orang zalim) 2. Barangsiapa yang dapat membaca setiap hari secara mudawamah (tetap), keinginan atau hajatnya dapat terlaksana dengan mudah, dan tidak akan mati, sebelum diperlihatkan kepadanya tempat istirehatnya di syurga.

Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s


Follow

Get every new post delivered to your Inbox.

%d bloggers like this: